Sunday, February 3, 2013

KaWan AtaU LaWaN

Dalam bahasa orang putih ~~~ friend or foe...
Sebutan sahaja yang berlainan ..maksud dan makna sama jer  ..tak kurang tak lebih...

Kita semua mengalaminya..
Betul... ianya melemaskan dan menyesakkan dada. Menyakitkan hati pulak memang bonus utamanya!
Adakalanya aku terfikir ada jugak manusia macam ni kat muka bumi Allah ni... malah bilangan mereka menjadi-jadi ramainya.... [aku rasa la kan...]

Kebiasaannya, 'kawan atau lawan' ini  amat bijak bermuka-muka dan amat manis bila berbicara..Orang kata depan kita 'pijak semut pun tak mati'. Belakang kita... macam-macam ceritanya..
Haa yang ni omputeh kata back stabbing...

Aku merupakan salah seorang mangsa kawan atau lawan ni ... sekarang ni dah tinggal saki bakinya ajer...
Dah menjadi hobi kawan atau lawan ini mereka atau menokok tambah cerita... add more spices... biar pedas dan hangat... lama-lama hangit jadinya..

Ha? apa dia? Macamana aku sedar yang kawan itu sebenarnya lawan?
Aku tak sedar pun...tapi aku percaya Tuhan tu yang tentukan segalanya.
Orang kata sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga...
Dia pun tak tau yang aku tau semua hipokrasinya...
Kalau aku tanya takut dia malu... 
Aku percaya tabiat kawan makan kawan ini lama kelamaan akan terbongkar dengan sendirinya.

Mungkin tupai itu tak jatuh lagi ke tanah... masih tersangkut kat mana-mana dahan...
Ish kalau jatuh terus ...parah tu...
Tuhan tu masih sayangkan dia...
Aku percaya Tuhan tu adil...

Kalau tak sabar memang makan diri, makan hati...remuk redam jadinya..
Tapi kalau semangat kuat dan penuh kesabaran, InsyaAllah kita dilindungiNYA.
Alhamdulillah... walaupun ada suatu ketika aku rasa payahnya nak lalui hari-hari aku, tapi berkat kesabaran dan sentiasa redha dengan apa yang terjadi, aku masih di sini. Bukan senang ni beb...tapi terpaksa la harung ajer...

Serik? Siapa yang tak serik... Tapi itu adat resam dunia..
Itu lah yang menjadikan kita manusia yang dianugerahkan dengan akal fikiran untuk terus bertindak positif dan menerima semua yang datang dengan hati yang terbuka dan jiwa yang tenang. Tapi masa mula-mula kena mesti tak tenang punya... lama kelamaan kita akan redha dengan apa yang jadi..

Hahahah... memang la senang nak cakap kan..tapi bila kena kat atas batang hidung aku sendiri, payah jugak nak mengharungnya. Buat itu tak kena, buat ini tak kena...tension janganlah  cerita...

Yelah... orang kata terlajak perahu boleh undur semula, terlajak kata, buruk padahnya. So, ingat-ingat lah semua. Berhati-hatilah bila membuka bicara. Kadang-kadang kita ni over excited sampai lupa apa yang kita tuturkan mengguris-guris hati orang lain.

Apa-apa pun, dari lubuk hati ini, aku doakan sesiapa sahaja yang boleh digolongkan dalam 'kawan atau lawan' ini mendapat rahmatNYA. Semuga mereka-mereka disedarkan dari sikap sedemikian.
Aku juga mohon supaya aku tidak tergolong di dalam golongan tersebut.

Kadang-kadang aku pun tak tau macamana orang boleh jadi kawan dan lawan dalam masa yang sama. Banyak keje nak buat tu... banyak mende nak ingat tu... sebab kat si polan A dia cakap lain, kat si polan B dia cakap lain pulak... Ishhhhh aku tak reti nak reka cerita banyak-banyak ni... Dah ler aku ni pelupa.. kang nasib tak baik kantoiii!!! Tak faham apa muslihat sebenarnya...

Entahh la... naper aku buat entry kali ni dalam BM dan tajuk pun semacam ...
Nak mengingatkan diri sendiri ...
Kuasa semua di tanganNYA
Kita semua merancang
DIA juga yang menentukan..

Wassalam...






No comments:

Post a Comment

Sharing your thoughts anyone?