Sunday, November 8, 2009

Puan Hamidah

Tak lama lagi cuti sekolah.... Yang paling beruntung mesti cikgu dan cikgi sebab dapat cuti yang panjang. Ini mengingatkan saya kepada seorang guru yang bernama Pn Hamidah.
Pn Hamidah memang dilahirkan dari keluarga guru. Bapanya adalah seorang guru besar. Emaknya juga pernah mengajar seketika sebelum berhenti dan menjadi surirumah sepenuh masa. Salah seorang kakak Pn Hamidah juga adalah seorang guru yang kemudiannya berkahwin juga dengan seorang guru. Nak dipanjangkan cerita salah seorang daripada anak Pn Hamidah juga adalah seorang guru dan berkahwin juga dengan seorang guru. Ini bukan rekaan tapi memang benar...... Memang keluarga ini banyak menabur bakti sebagai pendidik bangsa!

Pn Hamidah pernah mengajar di Kajang. Untunglah ketika itu Pn Hamidah tidak mengajar saya. Saya memulakan sekolah rendah saya di Kajang - Sekolah Ren. Keb. Jln Bukit. Tapi setakat darjah 2 sahaja. Saya telah ditukarkan ke Sek Ren Convent Sentul KL ketika penggal akhir darjah dua. Puncanya ibu saya tidak berpuas hati dengan keputusan yang diberikan oleh salah seorang guru ke atas kertas peperiksaan saya. Subjek di sini adalah guru tersebut telah memangkah jawapan saya yang menandakan buah anggur sebagai bukan buah tempatan. Betul la kan... buah anggur bukan buah tempatan.... saya rasa guru tersebut mempunyai masalah dalaman sehingga menjadikan saya sebagai mangsa yang tidak berdosa!

Mula2 bersekolah di sekolah 'omputeh' (Convent Sentul) saya a bit culture shock. Tapi lelama okay... Kawan2 saya ketika itu semuanya anak 'somebody'... ada yang anak doktor, anak minister (Musa Hitam) dll... Tapi hakikatnya saya lebih suka 'bergaul' dengan budak2 biasa yang tinggal sekitar Sentul... Saya rasa mereka yang dari 'golongan biasa' ni lebih ikhlas, senang dibawa ke tepi dan ke tengah dan yang paling utama sempooiii...

Yang tak syoknya di sekolah baru ni saya kena 'maintain'.... you know ... tak boleh nak buat 'nakal' sebab orang tau saya anak Puan Hamidah yang terkenal dengan 'garangnya' (ye Pn Hamidah adalah ibu saya). Saya pernah terlihat Pn Hamidah 'melakarkan misai' dengan marker hitam di muka salah seorang murid di kelas sebelah kerana berbuat bising!

Ketika saya di darjah 4, guru kelas saya adalah Pn Hamidah. Mak tuan! saya memang gerun dan takut. Kawan2 saya yang lain kata 'you're so lucky'. Dalam hati saya "lucky ke bendanya ..." Memang saya selalu menjadi 'bahan ujian' di dalam kelas Pn Hamidah... (apalah nasib saya kan!) Ada suatu ketika Pn Hamidah tak dapat hadir ke sekolah sebab tidak sihat. Memandangkan saya berkereta sekali dengan Pn Hamidah, saya pun dapat 'cuti' Seronok tak terkira... Bila Pn Hamidah mula mengajar semula dan memeriksa buku latihan dia telah mencatit "Malas menghantar buku" di buku latihan saya. Saya confused... kerana saya tak hantar buku tu sebab Pn Hamidah tidak sihat dan tidak hadir ke sekolah... dan saya tidak turut hadir kerana dia tak hadir! (Bila saya mengingatkan Pn Hamidah pada insiden ini, dia pasti ketawa bagai nak rak!)

Saya juga bukanlah seorang yang aktif di dalam sukan. Kalau di sekolah rendah dahulu, sekadar mewakili sekolah untuk acara olahraga. Bila guru sukan memaklumkan yang saya dipilih untuk mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi, Puan Hamidah, tidak memberi keizinan untuk saya terus aktif memandangkan saya harus menjalani latihan selepasa waktu sekolah. Mungkin ketika itu, Puan Hamidah berpendapat itu adalah yang terbaik buat saya. Ketika itu saya memang tidak puas hati dengan keputusan Pn Hamidah..

Tapi Pn Hamidah tak tahu sampai sekarang... saya pernah kemas buku2 di dalam beg sekolahnya. Jadi sambil berkemas saya secara tak sengaja dah tengok Buku REkod yang tebal dan panjang tu.. Dalam tu ada banyak soalan2 peperiksaan. Memang saya baca sambil lalu saja tanpa rasa curiga dan bersalah!

Dua minggu kemudian dalam peperiksaan semua soalan-soalan yang saya baca tu keluar .... saya jawab dengan senang hati hahahaha!

Apa2 pun saya rasa Pn Hamidah was the best class teacher. Walaupun dia seorang guru yang garang dan berdisiplin, dia adalah seorang wanita yang tabah, sabar dan 'membakar diri untuk menerangi orang lain'. Terima kasih Mak @ Pn Hamidah!



Pn Hamidah di samping Penyelia Ariffin. Gambar diambil oleh cucunya Amir di Penang ketika family vacation 2008.

Pn Hamidah dan Penyelia Ariffin dikelilingi oleh cucu-cucu mereka di rumah saya ketika berbuka puasa tahun 2008.

No comments:

Post a Comment

Sharing your thoughts anyone?