Saturday, January 2, 2010

What's up ?

Azam baru?

Hari ini dah 2 Jan 2010. Biasanya, menjelang tahun baru, ramai di antara kita sibuk untuk mengenalpasti azam baru masing-masing. Pada jam 5.25 petang 31 Disember lalu, salah seorang OTAI di Jabatan saya telah berkongsi pendapatnya berhubung azam setiap kali tiba tahun baru. Sebenarnya ketika itu saya sedang memikirkan isu yang sama - perlukah saya menetapkan azam yang baru setiap kali tiba tahun baru atau cukup sekadar meneruskan azam yang telah sedia ada. Saya amat tertarik dengan azam beliau " Be Positive and Always Think Good". Bagi saya azam sedemikian, di mata kasar kita memang kelihatan biasa. Tetapi jika dikaji dengan lebih mendalam, azam yang sebegini memberi ruang untuk kita sentiasa berfikiran terbuka dan secara tidak langsung membina jati diri kita sendiri. "Be Positive" memberi indikasi agar kita terus menerima sesuatu kejadian yang baik maupun yang buruk dengan azam untuk terus melipatgandakan usaha bagi mencapai sesuatu yang diingini. "Always Think Good" memberi kita keyakinan dan kepercayaan di dalam kita sendiri. Mr Mogan, thanks for the tips and advise :)... and yes you are absolutely right that 90% what happened to us derived from our own planning. So, I told myself don't stop to plan... You are what you planned (dengan izin Allah). Itu cerita berhubung azam di tahun baru. Tetapi, apa sebenarnya yang berlaku pada tahun baru 2010? Tahun baru 2010 jatuh pada hari Jumaat. Kemeriahannya disambut pada malam Jumaat...


Gerhana Bulan

Pada hari yang sama, berlakunya gerhana bulan (separa). Dikatakan bahawa ketika itu, sebanyak 8% daripada bulan sahaja berada di dalam bayang-bayang umbra di man Bulan penuh akan kelihatan sompek sedikit di awal-awal pagi tahun baru masehi. Menarik kali ini ia berlaku ketika fenomena di panggil Blue Moon. Untuk "Blue Moon" berlaku amat jarang, iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahun. Untuk ia berlaku pada awal tahun baru masehi lagi jarang, iaitu setiap 19 tahun. Dan mengikut maklumat dari NASA, untuk 1000 tahun akan datang, kombinasi Blue Moon dan Gerhana Bulan akan berlaku hanya 11 kali sahaja, atau sekali dalam setiap 19 tahun! (info dari halaqah.net).


Operasi tuut!

Di malam yang sama, ketika sebilangan daripada kita meraikan Tahun Baru dengan keluarga, rakan taulan, pihak yang berwajib terus dengan usaha mereka untuk membanteras maksiat - Operasi Cegah Maksiat di malam tahun baru ....
Ketika menonton TV malam semalam, laporan menyatakan beberapa operasi ini dijalankan di Kuala Lumpur dan Kajang. Mereka yang terlibat berumur di antara 16- 45 tahun. Di Kuantan pula, ada yang telah berumur 55 tahun ketika diberkas!. Seorang remaja di Terengganu hampir terjun tingkap ketika diberkas! Cerita-cerita sedemikian akan terus mewarnai kehidupan kita semua agaknya selagi nafsu menguasai diri ....

The price of education!

So the school term is commencing.. this Monday, 4 Jan 2010. Some of us parents will be busy sending our children to the school. I had a chat with my sister inlaws, Ju and Ros 2 weeks back on their budget and spending for the children. According to Ju, they spent around RM600 for Azeem and Azam for new uniforms, school bags, shoes, books etc. While Rose burnt for good :) RM900 for the same good and justified reason - for Arif and Azmin. That's the price of education nowadays. But no matter how pricey it is, education is vital. No compromise. I wonder how my parents brought us up before. I knew they have sacrificed a lot to put us where we are now. And ... now its our turn. Son (this is dedicated to Amir), I will make sure and guarantee your education benefits are procured as long as abah and mak still alive!.


As for me, my resolution will be the same... to enjoy life while giving the best out of me to contribute towards the betterment of my life. To be a good wife to my beloved hubby, a better mum for my only son and a loyal daugther to my parents/parents in law as well as caring sister to my 2 brothers, SIL and BIL. To all friends, you bet, I am always here to be with you for whatever reason. Happy New Year! (though a belated one!).

No comments:

Post a Comment

Sharing your thoughts anyone?